Tuesday, February 23, 2010

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Semalam bersembang dengan Mohsin. Dia bagi tau..eh hang call la Rosli Che Ros. Teringat aku masa pertama kali jumpa kat Hotel Singgahsana PJ tahun lepas. Aku tak berapa cam maklumlah dah lebih 29 tahun tak jumpa. Lama-lama aku tenung baru aku ingat Rosli ni walau pun tak satu class......
Anak lelaki dia tengah tenat kat ICU Hospital Selayang. Itu yang dia tak turun ke Kedah masa kita buat perjumpaan kat DGC pada malam CNY 14 Feb 2010.....terkejut jugak sebab Li tak maklum pun pasal anak dia. Malam tu aku terus call Li. Rupa-rupanya betul kata Mohsin memang anak dia tengah tenat...boleh buka mata aja. Baru 12 tahun umurnya. Katanya punca nya dari demam campak yang tak hilang-hilang... suhu demam 40 ke atas tak turun-turun. Doktor dah cuba siasat macam-macam nak kesan penyakit tapi tak tau jugak sebabnya. Kesian Li berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sebak aku dengaq suara Li dok cerita. Sebagai seorang bapa dapat aku bayangkan betapa resahnya menghadapi saat-saat yang sebegitu. Kata Li pulak pelawat tak dibenarkan melihat anaknya. Jadi aku minta pada kawan-kawan yang baca entry ni call lah kawan kita ni berilah semangat dan marilah kita sama-sama berdoa semoga anaknya cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Aku rasa Li tak bagitau semua orang. Tengok pada keadaan anaknya memang Li dah maklum pada semua saudara mara dia. ROSLI CHE ROS no tel 019 3114597.

No comments:

Post a Comment